Air
adalah anugerah dan nikmat yang tak ternilai kepada manusia. Ianya merupakan
keperluan asas yang teramat penting untuk kesihatan tubuh manusia. Malah air juga boleh jadi penyembuh kepada pelbagai penyakit dengan izin Allah s.w.t.
Menurut
Dr. Mona Harrison, MD
Director International Water Council, otak kita
mengandungi 90% air. Air berperanan penting membantu penghantaran
nutrien ke seluruh tubuh termasuk otak di samping menyingkirkan toksik dari
tubuh, melancarkan perjalanan darah, sebagai pelincir sendi dan pencegahan
penyakit.
Kekurangan
air akan menyebabkan otak tidak dapat berfungsi dengan baik, otak letih, cepat
bosan dan hilang tumpuan. Secara umum, kekurangan air akan menjejaskan
kesihatan keseluruhan merangkumi mental dan fizikal termasuk organ-organ
penting tubuh.
TERAPI AIR
Terapi
air merupakan amalan meminum air kosong bersih setiap pagi. Dengan hanya amalan
meminum air sahaja dapat menyahkan sekurang-kurangnya 30 jenis penyakit. Air
yang terbaik adalah air zamzam.
Bagaimana?
Hanya
dengan meminum 1.5 liter air kosong selepas bangun dari tidur waktu pagi,
sebelum gosok gigi. Rasionalnya air liur basi yang terhasil semalaman adalah
merupakan enzim semulajadi yang sangat baik dan ia bertindak sebagai antibodi kepada
tubuh terutama di dalam proses penghadaman.
Kalau
kita perhatikan binatang yang hidup di dalam hutan akan menjilat luka pada
anggota badannya, selagi mana dia masih dapat menjilat lukanya, lukanya itu
akan cepat sembuh hanya dengan rawatan menggunakan enzim yang ada pada air liur
binatang berkenaan.
Antara
penyakit yang boleh dicegah dan dirawat melalui kaedah terapi air adalah
sembelit, buasir, kencing manis, darah tinggi, kanser, batuk kering ghout dan
lain-lain lagi.
PENYAKIT DAN
PENYEMBUHAN SEMUANYA DARIPADA ALLAH S.W.T. OLEH ITU SEGALA USAHA HENDAKLAN
DISERTAI DENGAN DOA DAN TAWAKKAL..SELAMAT MENCUBA.