Saturday, October 11, 2014

Petua Mengubati Sakit Jantung Cara Tradisional



Adakah anda tersiksa dengan Sakit Jantung? Atau anda telah dinasihatkan untuk menjalani pembedahan Angiography atau Bypass?

Tunggu dulu…..Sebelum anda menjalani pembedahan Angiography atau Bypass, anda hendaklah mencuba dengan yakin ramuan ini. 

In sya Allah, anda akan sembuh. In sha Allah.

Pada18 April '13, saya d kehendaki untuk pergi ke Sahiwaal(Pakistan) dari UK untuk menghadiri majlis tahunan Khatme-e-Nabuwat (jemaah tabligh). Sebelum itu, saya telah mengalami sakit yg amat sangat di dada kiri di bahagian jantung dn kesakitan ini berterusan buat beberapa waktu. Saya kemudianya bertemu di Pakistan dengan Hazrat Moulana Bashir Ahmed Usmani Sahib dan memaklumkan kpd nya bahawa doktor telah mengesan 3 saluran injap darah tersumbat semasa melakukan Angiography keatas saya, dan memaklumkan tarikh pembedahan Bypass keatas saya yg akan dijalankan dlm masa sebulan. Dalam pada itu, seorang sahabat jemaah, Encik Hakim telah menurunkan ramuan saperti dibawah yang saya amalkan selama sebulan.

Sehari sebelum pembedahan Bypass akan d jlnkan saya tiba di Cardiology Hospital, Lahore (Pakistan) dan membayar deposit Rs. 225,000.00 bagi menjalani pembedahan ini nanti. Selepas memeriksa keputusan sebelum dan semasa saluran injap jantung saya, Doktor doktor yg memeriksa saya bertanya samada saya ada mengambil apa apa perubatan selepas kali terakhir ujian saluran yg telah saya jalani.  Saya katakan kpd nya bahawa En. Hakim Sahebs telah memberi ramuan ini. Doktor doktor merasa terkejut dgn keputusan semasa saluran injap saya dan memaklumkan bahawa keputusan lapuran terkini, kesemua saluran injap telah terbuka dan berfungsi secara normal dan tiada pembedahan perlu d jalankan. Wang deposit saya di kembalikan dan saya disuruh pulang. 

En Hakim Hazrat Moulana Bashir Ahmed Usmani Saheb sendiri, telah menyediakan ubatan ini untuk ku dan juga memberitahu saya ramuan ramuan nya serta cara penyediaannya sapertimana di bawah:

1 cawan jus lemon (1 Cup Fresh Lemon Juice) 
1 cawan jus halia (1 Cup Fresh Ginger Juice)
1 cawan jus bawang putih (1 Cup Fresh Garlic Juice)
1 cawan Cuka epal (1 Cup Apple Cider Vinegar)
3 cawan madu (3 Cups Honey)

Bancuh kesemua ramuan tadi -jus lemon +jus halia+jus bawang putih+cuka epal (kecuali madu) dan jerang (panaskan) perlahan lahan selama setengah jam sehingga kirakira 1cawan kandungan campuran tadi telah terwap keluar (evaporate) dan hanya tinggal 3 cawan sahaja. Selepas itu, biarkan ianya sejuk dan masukkn 3 cawan madu ke tiga tiga cawan tadi. Isikan ke dalam balang bersih dan minumlah sebanyak 3 sudu teh ketika perut kosong setiap pagi.  In sha Allah, dengan izin Allah anda akan sembuh.
(Dari Mufti Mohammed Kantharvi. London UK)

Diedarkan oleh AYP (Azaadville) untuk berkhidmat buat semua insan. Semoga khidmat kecil ini diterima Allah.

Mohon dibuat salinan dan di edarkan kpd warga tua dan kepada mereka yg tiada talian perkhidmatan email 
Andai hanya seorang sahaja yang dapat manfaat nya, anda akan di anugerah Allah setinggi tingginya. Anda tidak akan tahu, berapa ramai yang akan dapat manfaat dan faedah dari ramuan perubatan ini. 
Mohon dipnjangkn pesanan ini ke seramai insan yang boleh. Terima kasih. 


Diterjemahkan oleh: 
ismailchedin, melaka. Oktober 2014.

Sumber: Whatsapp

p/s Kita hanya berusaha, Allah yang menyembuhkan..

Friday, August 29, 2014

RAWATAN MENGGUNAKAN AIR - TERAPI AIR UNTUK KESIHATAN



Air adalah anugerah dan nikmat yang tak ternilai kepada manusia. Ianya merupakan keperluan asas yang teramat penting untuk kesihatan tubuh manusia. Malah air juga boleh jadi penyembuh kepada pelbagai penyakit dengan izin Allah s.w.t.

Menurut Dr. Mona Harrison, MD Director International Water Council, otak kita mengandungi 90% air. Air berperanan penting membantu penghantaran nutrien ke seluruh tubuh termasuk otak di samping menyingkirkan toksik dari tubuh, melancarkan perjalanan darah, sebagai pelincir sendi dan pencegahan penyakit.

Kekurangan air akan menyebabkan otak tidak dapat berfungsi dengan baik, otak letih, cepat bosan dan hilang tumpuan. Secara umum, kekurangan air akan menjejaskan kesihatan keseluruhan merangkumi mental dan fizikal termasuk organ-organ penting tubuh.


TERAPI AIR

Terapi air merupakan amalan meminum air kosong bersih setiap pagi. Dengan hanya amalan meminum air sahaja dapat menyahkan sekurang-kurangnya 30 jenis penyakit. Air yang terbaik adalah air zamzam.

Bagaimana?

Hanya dengan meminum 1.5 liter air kosong selepas bangun dari tidur waktu pagi, sebelum gosok gigi. Rasionalnya air liur basi yang terhasil semalaman adalah merupakan enzim semulajadi yang sangat baik dan ia bertindak sebagai antibodi kepada tubuh terutama di dalam proses penghadaman.

Kalau kita perhatikan binatang yang hidup di dalam hutan akan menjilat luka pada anggota badannya, selagi mana dia masih dapat menjilat lukanya, lukanya itu akan cepat sembuh hanya dengan rawatan menggunakan enzim yang ada pada air liur binatang berkenaan.

Antara penyakit yang boleh dicegah dan dirawat melalui kaedah terapi air adalah sembelit, buasir, kencing manis, darah tinggi, kanser, batuk kering ghout dan lain-lain lagi.



PENYAKIT DAN PENYEMBUHAN SEMUANYA DARIPADA ALLAH S.W.T. OLEH ITU SEGALA USAHA HENDAKLAN DISERTAI DENGAN DOA DAN TAWAKKAL..SELAMAT MENCUBA.

Thursday, February 27, 2014

BAHAYA ROKOK - RISIKO DISERANG BERBAGAI PENYAKIT MERBAHAYA



Peringkat remaja merupakan peringkat paling cenderung untuk mulai merokok sekiranya tidak dikawal. Kajian mendapati 25% daripada pelajar berumur 15 tahun ke atas pernah cuba menghisap rokok, manakala 70% daripada jumlah tersebut menjadi perokok setelah meninggalkan bangku sekolah (KKM)

Walhal merokok amat tidak digalakan di dalam Islam. Ianya memudaratkan kesihatan jasmani dan mental. Menurut kajian yang dijalankan oleh saintis di Universiti Israel, nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes. Lantaran akan menjejaskan kepintaran anak-cucu yang lahir daripada keturunan perokok. 

Asap rokok mengandungi lebih daripada 4000 jenis bahan kimia beracun, antaranya ialah nikotin, karbon monoksida, tar dan banyak lagi. Ianya bakal menyaksikan pelbagai jenis penyakit merbahaya seperti kenser paru-paru, sakit jantung dan berbagai jenis kanser yang disebabkan oleh tar di dalam rokok..

Rokok bukan sahaja memberi mudarat kepada perokok, tetapi juga sesiapa sahaja yang sering berada di sisi perokok. Asap rokok yang dihembus oleh perokok juga boleh mengancam kesihatan isteri, anak-anak dan cucu-cicit yang tersayang.
  

Wednesday, February 26, 2014

CARA MENCEGAH PENYAKIT JANTUNG


Kematian akibat penyakit jantung bukannya datang secara mengejut sepertimana kemalangan jalanraya. Tanda-tanda serangan boleh dikesan lebih awal. Bagi mereka yang belum mempunyai sebarang tanda serangan jantung, elok juga menyemak gaya hidup anda sebagai pencegahan.

Pada dasarnya, pencegahan boleh dilakukan dengan memperbaiki gaya hidup yang tidak sihat ke arah gaya hidup sihat. Ianya akan mengurangka risiko terkena serangan penyakit jantung. Berikut adalah antara perkara utama yang patut anda lakukan.

1.    Mengurangkan memakan makanan yang mengandungi kolesterol jahat (LDL) seperti kuning telur, otak haiwan, hati haiwan, ikan bilis kering berkepala dan sebagainya.

2.    Istiqomah dengan pengambilan makanan yang berserat tinggi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran

3.    Mengelakkan perkara-perkara yang mendatangkan tekanan atau stress. Antara perkara yang boleh anda lakukan adalah sentiasa berfikiran positif, kongsi masalah dengan orang lain, sedar kemampuan diri dan sebagainya. Stress yang serius boleh memecahkan dinding arteri.

4.    Menghindari alcohol. Alcohol boleh menaikkan tekanan darah, melemahkan otot jantung dan memekatkan darah.

5.    Jauhi tabiat merokok dan jauhi orang yang sedang merokok. Risiko bukan sahaja bagi perokok tetapi mereka yang sering berada berdekatan perokok-perokok.

6.    Bersukan ringan. Memadai dengan 3 kali seminggu, mampu mengurangkan kolesterol LDL dalam darah.

7.    Menjalani pemeriksaan berkala bagi mengesan lebih awal dan mengambil langkah-langkah yang sepatutnya. Mulai pemeriksaan jantung setelah usia menjangkau 35 tahun ke atas.

Oleh kerana penyakit jantung tidak datang secara mengejut, Setiap orang mempunyai peluang mencegah penyakit serangan jantung, sekurang-kurangnya dapat melambatkan serangan penyakit.


Tuesday, February 25, 2014

BUAH MAHKOTA DEWA SEBAGAI UBAT DIABETES



Keajaiban buah Mahkota Dewa mampu menjadi penawar Penyakit Kencing Manis atau Diabetes. Ianya tidak banyak ditanam di Malaysia tetapi masih boleh didapati untuk tujuan perubatan.

Berikut adalah langkah-langkah penyediaan:

Bahan-bahan:



·         Buah mahkota dewa 5–6 biji, dihiris

·         Air bersih 5 gelas


Cara Membuat:

·         Campurkan air dan buah mahkota dewa yang telah dihiris

·         Rebus hingga tinggal 3 gelas,

·         Air rebusan tersebut ditapis

·         Minum 3 x 1 hari,

·         Setiap kali minum 1 gelas.


In sya Allah, kita cuma berikhtiar, allah yang menyembuhkan.



Saturday, February 22, 2014

Tanda-tanda Awal Penyakit Jantung


Sakit berkaitan masalah jantung merupakan pembunuh nombor satu di Malaysia. Oleh itu peratus risiko rakyat Malaysia mendapat penyakit masalah jantung adalah paling tinggi berbanding penyakit-penyakit lain yang membawa maut. Tanda-tanda awal berikut mungkin dapat memberi panduan kepada semua untuk mengambil langkah-langkah wajar seterusnya.

1. Lidah atau gusi menjadi bengkak atau sakit - berkemungkinan jantung kita ada masalah seperti lemak berlebihan, Injap jantung lemah atau saluran koronari tersumbat.

2. Terasa kebas tangan kiri dan juga lengan - Jika sakitnya berpanjangan pada lengan tangan kiri ada kemungkinan anda akan diserang sakit jantung dalam masa terdekat. (Bagi perempuan sakit terasa pada kedua-dua belah tangan)

3. Lidah terasa tegang dan pendek.

4. Rasa seronok teruja atau rasa bimbang tiba-tiba tanpa sebab.

5. Rasa sakit pada dada (Ulu hati sedikit ke sebelah kiri) - biasanya terasa seperti dada sedang dihempap oleh benda berat.

6. Daripada sakit dada rasa sakit mula merebak pada tangan, lengan, tengkok, belakang, abdomen dan rahang

7. Rasa tidak selesa pada dada seperti dipam angin penuh, atau rasa pedih.

8. Batuk tiba-tiba dan berpanjangan atau terasa ada kahak dan sentiasa mahu berdehem.

9. Rasa kepala berpusing tidak seimbang.

10. Rasa keletihan sepanjang masa.

11. Rasa meloya dan tidak ada selera makan.

12. Degupan jantung tidak menentu.

13. Nafas terasa pendek.

14. Berpeluh dengan tiba-tiba walaupun sedang duduk rehat atas kerusi.

15. Membengkak pada bahagian seperti sendi-sendi di kaki atau abdomen.

16. Saat-saat paling hampir pada serangan jantung biasanya membawa kepada keletihan atau tidak maya yang teruk.


Penyakit berkatan jantung bukanlah sejenis penyakit yang dating dengan mengejut sebaliknya dapat dikesan lebih awal. Oleh itu tindakan mendapatkan rawatan segera in sya Allah akan dapat membantu pesakit.


Wednesday, February 19, 2014

Rawatan Kencing Manis dan Batu Karang dengan Misai Kucing



Tumbuhan Misai Kucing atau nama botaninya Orthosiphon stamineus menyumbang kepada perubatan tradisional sudah sekian lama. Ianya mampu mengurangkan masalah penyakit kencing manis dan batu karang.

Sifatnya mudah tumbuh dan mudah dari segi penyediaan untuk perubatan menyebabkan misai kucing banyak ditanam oleh mereka yang suka dan mempunyai kaitan dengan perubatan tradisional.

Cara-cara Penyediaan

1.    Ambil segenggam daun misai kucing segar
2.    Bilas dengan air bersih
3.    Jemur sampai kering ditempat bersih
4.    Rebus dalam 3 gelas air sehingga menjadi 1 gelas
5.    Biarkan suam
6.    Sedia untuk diminum
7.    Minum sehingga habis


# Penyembuhan100% adalah milik Allah, kita hanya berusaha dan berdoa. Mudah-mudahan Dia memperkenankan hajat kita hendaknya.