Friday, October 16, 2015

KHASIAT MADU LEBAH KEPADA KESIHATAN




Madu lebah adalah anugerah istimewa kepada manusia daripada PENCIPTA, khususnya di dalam bidang perubatan tradisional. Madu lebah telah dijadikan penawar kepada pelbagai jenis penyakit sejak sekian lama. 

Allah S.W.T sendiri telah menyebut di dalam Al-Quran tentang keistimewaan madu lebah. Malah Allah S.W.T telah memberikan nama salah satu surah di dalam Al-Quran sebagai surah An-Nahl bermaksud lebah.


Firman Allah s.w.t Di Dalam Al-Quran :

”Kemudian  makanlah  dari tiap - tiap ( macam ) buah -buahan dan tempuhlah  jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat  yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya  pada yang demikian  itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.”
-(Surah An Nahl: 69)-


Menurut kajian,  madu lebah mengandungi pelbagai vitamin dan mineral, termasuk niacin, riboflavin, asid Pantothenic, kalsium, kuprum, zat besi, magnesium, mangan, fosforus, kalium dan zink." Oleh itu, menggunakan madu tanpa gula memberi kita lebih banyak khasiat untuk kesihatan fizikal dan mental.

Monday, February 9, 2015

MENANGANI NYANYUK MENJELANG USIA EMAS

DEMENTIA (NYANYUK)


Nyanyuk atau nama lainnya Dementia adalah istilah untuk simtom kumpulan penyakit yang mempengaruhi otak atau lebih dikenali sebagai Alzheimer.  Ia merupakan gejala yang paling umum dan berlaku jika dua atau lebih dari fungsi kognitif terganggu yang mana akan menyebabkan kemerosotan daya ingatan, fikiran dan tingkah laku. 

Gejala yang dialami bergantung pada tahap bahagian otak yang rosak. 35.6 juta orang yang menghidap dementia di seluruh dunia. Penghidap dementia meningkat sebanyak sekali ganda setiap 20 tahun. Kebanyakan penghidap dementia dari kalangan penduduk negara miskin dan negara yang sedang membangun.

Dementia sangat sinonim dengan golongan warga emas. Penjagaan pengidap Dementia memerlukan penjagaan yang rapi dan memerlukan kesabaran yang tinggi kerana semakin hari tahap ingatan mereka semakin berkurangan.

Examo dirumus khas untuk merangsang sel-sel otak berhubung serta melancarkan aliran darah ke otak bagi menguatkan daya ingatan. Walaupun Examo CKM 500 terkenal bagi meningkatkan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar, tetapi sebenarnya ainya juga mampu membantu melambatkan proses nyanyuk bagi warga emas.