Friday, October 16, 2015

KHASIAT MADU LEBAH KEPADA KESIHATAN




Madu lebah adalah anugerah istimewa kepada manusia daripada PENCIPTA, khususnya di dalam bidang perubatan tradisional. Madu lebah telah dijadikan penawar kepada pelbagai jenis penyakit sejak sekian lama. 

Allah S.W.T sendiri telah menyebut di dalam Al-Quran tentang keistimewaan madu lebah. Malah Allah S.W.T telah memberikan nama salah satu surah di dalam Al-Quran sebagai surah An-Nahl bermaksud lebah.


Firman Allah s.w.t Di Dalam Al-Quran :

”Kemudian  makanlah  dari tiap - tiap ( macam ) buah -buahan dan tempuhlah  jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat  yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya  pada yang demikian  itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.”
-(Surah An Nahl: 69)-


Menurut kajian,  madu lebah mengandungi pelbagai vitamin dan mineral, termasuk niacin, riboflavin, asid Pantothenic, kalsium, kuprum, zat besi, magnesium, mangan, fosforus, kalium dan zink." Oleh itu, menggunakan madu tanpa gula memberi kita lebih banyak khasiat untuk kesihatan fizikal dan mental.

No comments:

Post a Comment