Thursday, February 27, 2014

BAHAYA ROKOK - RISIKO DISERANG BERBAGAI PENYAKIT MERBAHAYA



Peringkat remaja merupakan peringkat paling cenderung untuk mulai merokok sekiranya tidak dikawal. Kajian mendapati 25% daripada pelajar berumur 15 tahun ke atas pernah cuba menghisap rokok, manakala 70% daripada jumlah tersebut menjadi perokok setelah meninggalkan bangku sekolah (KKM)

Walhal merokok amat tidak digalakan di dalam Islam. Ianya memudaratkan kesihatan jasmani dan mental. Menurut kajian yang dijalankan oleh saintis di Universiti Israel, nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes. Lantaran akan menjejaskan kepintaran anak-cucu yang lahir daripada keturunan perokok. 

Asap rokok mengandungi lebih daripada 4000 jenis bahan kimia beracun, antaranya ialah nikotin, karbon monoksida, tar dan banyak lagi. Ianya bakal menyaksikan pelbagai jenis penyakit merbahaya seperti kenser paru-paru, sakit jantung dan berbagai jenis kanser yang disebabkan oleh tar di dalam rokok..

Rokok bukan sahaja memberi mudarat kepada perokok, tetapi juga sesiapa sahaja yang sering berada di sisi perokok. Asap rokok yang dihembus oleh perokok juga boleh mengancam kesihatan isteri, anak-anak dan cucu-cicit yang tersayang.
  

Wednesday, February 26, 2014

CARA MENCEGAH PENYAKIT JANTUNG


Kematian akibat penyakit jantung bukannya datang secara mengejut sepertimana kemalangan jalanraya. Tanda-tanda serangan boleh dikesan lebih awal. Bagi mereka yang belum mempunyai sebarang tanda serangan jantung, elok juga menyemak gaya hidup anda sebagai pencegahan.

Pada dasarnya, pencegahan boleh dilakukan dengan memperbaiki gaya hidup yang tidak sihat ke arah gaya hidup sihat. Ianya akan mengurangka risiko terkena serangan penyakit jantung. Berikut adalah antara perkara utama yang patut anda lakukan.

1.    Mengurangkan memakan makanan yang mengandungi kolesterol jahat (LDL) seperti kuning telur, otak haiwan, hati haiwan, ikan bilis kering berkepala dan sebagainya.

2.    Istiqomah dengan pengambilan makanan yang berserat tinggi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran

3.    Mengelakkan perkara-perkara yang mendatangkan tekanan atau stress. Antara perkara yang boleh anda lakukan adalah sentiasa berfikiran positif, kongsi masalah dengan orang lain, sedar kemampuan diri dan sebagainya. Stress yang serius boleh memecahkan dinding arteri.

4.    Menghindari alcohol. Alcohol boleh menaikkan tekanan darah, melemahkan otot jantung dan memekatkan darah.

5.    Jauhi tabiat merokok dan jauhi orang yang sedang merokok. Risiko bukan sahaja bagi perokok tetapi mereka yang sering berada berdekatan perokok-perokok.

6.    Bersukan ringan. Memadai dengan 3 kali seminggu, mampu mengurangkan kolesterol LDL dalam darah.

7.    Menjalani pemeriksaan berkala bagi mengesan lebih awal dan mengambil langkah-langkah yang sepatutnya. Mulai pemeriksaan jantung setelah usia menjangkau 35 tahun ke atas.

Oleh kerana penyakit jantung tidak datang secara mengejut, Setiap orang mempunyai peluang mencegah penyakit serangan jantung, sekurang-kurangnya dapat melambatkan serangan penyakit.


Tuesday, February 25, 2014

BUAH MAHKOTA DEWA SEBAGAI UBAT DIABETES




Keajaiban buah Mahkota Dewa mampu menjadi penawar Penyakit Kencing Manis atau Diabetes. Ianya tidak banyak ditanam di Malaysia tetapi masih boleh didapati untuk tujuan perubatan.
Berikut adalah langkah-langkah penyediaan:
 
Bahan-bahan:

Buah mahkota dewa 5–6 biji, dihiris

Air bersih 5 gelas
 
Cara Membuat:
Campurkan air dan buah mahkota dewa yang telah dihiris

Rebus hingga tinggal 3 gelas,

Air rebusan tersebut ditapis

Minum 3 x 1 hari,
                 
Sekali minum 1 gelas.
     
In sya Allah, kita cuma berikhtiar, allah yang menyembuhkan.



Saturday, February 22, 2014

Tanda-tanda Awal Penyakit Jantung


Sakit berkaitan masalah jantung merupakan pembunuh nombor satu di Malaysia. Oleh itu peratus risiko rakyat Malaysia mendapat penyakit masalah jantung adalah paling tinggi berbanding penyakit-penyakit lain yang membawa maut. Tanda-tanda awal berikut mungkin dapat memberi panduan kepada semua untuk mengambil langkah-langkah wajar seterusnya.

1. Lidah atau gusi menjadi bengkak atau sakit - berkemungkinan jantung kita ada masalah seperti lemak berlebihan, Injap jantung lemah atau saluran koronari tersumbat.

2. Terasa kebas tangan kiri dan juga lengan - Jika sakitnya berpanjangan pada lengan tangan kiri ada kemungkinan anda akan diserang sakit jantung dalam masa terdekat. (Bagi perempuan sakit terasa pada kedua-dua belah tangan)

3. Lidah terasa tegang dan pendek.

4. Rasa seronok teruja atau rasa bimbang tiba-tiba tanpa sebab.

5. Rasa sakit pada dada (Ulu hati sedikit ke sebelah kiri) - biasanya terasa seperti dada sedang dihempap oleh benda berat.

6. Daripada sakit dada rasa sakit mula merebak pada tangan, lengan, tengkok, belakang, abdomen dan rahang

7. Rasa tidak selesa pada dada seperti dipam angin penuh, atau rasa pedih.

8. Batuk tiba-tiba dan berpanjangan atau terasa ada kahak dan sentiasa mahu berdehem.

9. Rasa kepala berpusing tidak seimbang.

10. Rasa keletihan sepanjang masa.

11. Rasa meloya dan tidak ada selera makan.

12. Degupan jantung tidak menentu.

13. Nafas terasa pendek.

14. Berpeluh dengan tiba-tiba walaupun sedang duduk rehat atas kerusi.

15. Membengkak pada bahagian seperti sendi-sendi di kaki atau abdomen.

16. Saat-saat paling hampir pada serangan jantung biasanya membawa kepada keletihan atau tidak maya yang teruk.


Penyakit berkatan jantung bukanlah sejenis penyakit yang dating dengan mengejut sebaliknya dapat dikesan lebih awal. Oleh itu tindakan mendapatkan rawatan segera in sya Allah akan dapat membantu pesakit.


Wednesday, February 19, 2014

Rawatan Kencing Manis dan Batu Karang dengan Misai Kucing



Tumbuhan Misai Kucing atau nama botaninya Orthosiphon stamineus menyumbang kepada perubatan tradisional sudah sekian lama. Ianya mampu mengurangkan masalah penyakit kencing manis dan batu karang.

Sifatnya mudah tumbuh dan mudah dari segi penyediaan untuk perubatan menyebabkan misai kucing banyak ditanam oleh mereka yang suka dan mempunyai kaitan dengan perubatan tradisional.

Cara-cara Penyediaan

1.    Ambil segenggam daun misai kucing segar
2.    Bilas dengan air bersih
3.    Jemur sampai kering ditempat bersih
4.    Rebus dalam 3 gelas air sehingga menjadi 1 gelas
5.    Biarkan suam
6.    Sedia untuk diminum
7.    Minum sehingga habis


# Penyembuhan100% adalah milik Allah, kita hanya berusaha dan berdoa. Mudah-mudahan Dia memperkenankan hajat kita hendaknya.