Kematian akibat penyakit jantung bukannya datang secara mengejut
sepertimana kemalangan jalanraya. Tanda-tanda serangan boleh dikesan lebih
awal. Bagi mereka yang belum mempunyai sebarang tanda serangan jantung, elok
juga menyemak gaya hidup anda sebagai pencegahan.
Pada dasarnya, pencegahan boleh dilakukan dengan memperbaiki
gaya hidup yang tidak sihat ke arah gaya hidup sihat. Ianya akan mengurangka
risiko terkena serangan penyakit jantung. Berikut adalah antara perkara utama
yang patut anda lakukan.
1.
Mengurangkan memakan
makanan yang mengandungi kolesterol jahat (LDL) seperti kuning telur, otak
haiwan, hati haiwan, ikan bilis kering berkepala dan sebagainya.
2.
Istiqomah dengan
pengambilan makanan yang berserat tinggi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran
3.
Mengelakkan
perkara-perkara yang mendatangkan tekanan atau stress. Antara perkara yang
boleh anda lakukan adalah sentiasa berfikiran positif, kongsi masalah dengan
orang lain, sedar kemampuan diri dan sebagainya. Stress yang serius boleh
memecahkan dinding arteri.
4.
Menghindari alcohol. Alcohol
boleh menaikkan tekanan darah, melemahkan otot jantung dan memekatkan darah.
5.
Jauhi tabiat merokok
dan jauhi orang yang sedang merokok. Risiko bukan sahaja bagi perokok tetapi
mereka yang sering berada berdekatan perokok-perokok.
6.
Bersukan ringan. Memadai
dengan 3 kali seminggu, mampu mengurangkan kolesterol LDL dalam darah.
7.
Menjalani pemeriksaan
berkala bagi mengesan lebih awal dan mengambil langkah-langkah yang sepatutnya.
Mulai pemeriksaan jantung setelah usia menjangkau 35 tahun ke atas.
Oleh kerana penyakit jantung tidak datang secara mengejut, Setiap
orang mempunyai peluang mencegah penyakit serangan jantung, sekurang-kurangnya
dapat melambatkan serangan penyakit.
No comments:
Post a Comment