Saturday, February 22, 2014

Tanda-tanda Awal Penyakit Jantung


Sakit berkaitan masalah jantung merupakan pembunuh nombor satu di Malaysia. Oleh itu peratus risiko rakyat Malaysia mendapat penyakit masalah jantung adalah paling tinggi berbanding penyakit-penyakit lain yang membawa maut. Tanda-tanda awal berikut mungkin dapat memberi panduan kepada semua untuk mengambil langkah-langkah wajar seterusnya.

1. Lidah atau gusi menjadi bengkak atau sakit - berkemungkinan jantung kita ada masalah seperti lemak berlebihan, Injap jantung lemah atau saluran koronari tersumbat.

2. Terasa kebas tangan kiri dan juga lengan - Jika sakitnya berpanjangan pada lengan tangan kiri ada kemungkinan anda akan diserang sakit jantung dalam masa terdekat. (Bagi perempuan sakit terasa pada kedua-dua belah tangan)

3. Lidah terasa tegang dan pendek.

4. Rasa seronok teruja atau rasa bimbang tiba-tiba tanpa sebab.

5. Rasa sakit pada dada (Ulu hati sedikit ke sebelah kiri) - biasanya terasa seperti dada sedang dihempap oleh benda berat.

6. Daripada sakit dada rasa sakit mula merebak pada tangan, lengan, tengkok, belakang, abdomen dan rahang

7. Rasa tidak selesa pada dada seperti dipam angin penuh, atau rasa pedih.

8. Batuk tiba-tiba dan berpanjangan atau terasa ada kahak dan sentiasa mahu berdehem.

9. Rasa kepala berpusing tidak seimbang.

10. Rasa keletihan sepanjang masa.

11. Rasa meloya dan tidak ada selera makan.

12. Degupan jantung tidak menentu.

13. Nafas terasa pendek.

14. Berpeluh dengan tiba-tiba walaupun sedang duduk rehat atas kerusi.

15. Membengkak pada bahagian seperti sendi-sendi di kaki atau abdomen.

16. Saat-saat paling hampir pada serangan jantung biasanya membawa kepada keletihan atau tidak maya yang teruk.


Penyakit berkatan jantung bukanlah sejenis penyakit yang dating dengan mengejut sebaliknya dapat dikesan lebih awal. Oleh itu tindakan mendapatkan rawatan segera in sya Allah akan dapat membantu pesakit.


Wednesday, February 19, 2014

Rawatan Kencing Manis dan Batu Karang dengan Misai Kucing



Tumbuhan Misai Kucing atau nama botaninya Orthosiphon stamineus menyumbang kepada perubatan tradisional sudah sekian lama. Ianya mampu mengurangkan masalah penyakit kencing manis dan batu karang.

Sifatnya mudah tumbuh dan mudah dari segi penyediaan untuk perubatan menyebabkan misai kucing banyak ditanam oleh mereka yang suka dan mempunyai kaitan dengan perubatan tradisional.

Cara-cara Penyediaan

1.    Ambil segenggam daun misai kucing segar
2.    Bilas dengan air bersih
3.    Jemur sampai kering ditempat bersih
4.    Rebus dalam 3 gelas air sehingga menjadi 1 gelas
5.    Biarkan suam
6.    Sedia untuk diminum
7.    Minum sehingga habis


# Penyembuhan100% adalah milik Allah, kita hanya berusaha dan berdoa. Mudah-mudahan Dia memperkenankan hajat kita hendaknya.

Monday, January 13, 2014

TIPS CEGAH PENYAKIT BATU KARANG



Proses berlakunya penyakit batu karang mengambil masa yang lama. Saiz batu karang juga berbeza-beza dari sekecil sebutir pasir sehinggalah sebesar bola golf. Oleh itu, pesakit hanya dapat mengesan apabila sudah zahir tanda-tanda penyakit. 

Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegah berlakunya penyakit batu karang atau mengurangkan risiko penyakit.

  • Minum air sekurang-kurangnya 1.5 liter sehari. Ianya akan mengurangkan kepekatan garam dan mineral.. Minum lebih kerap adalah lebih baik.
  • Elakkan minuman berkarbonat dan kurangkan minuman manis yang lain.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang banyak garam termasuk ikan masin dan seumpamanya.. Dengan ini ianya akan membantu mengurangkan jumlah kalsium dalam air kencing.
  • Banyakkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran berserat.
  • Kurangkan pengambilan makanan sumber protein haiwan dan gantikan dengan protein tumbuhan.
  • Kurangkan pengambilan susu dan produk tenusu yang tinggi kalsium. Kalsium berlebihan akan dikeluarkan oleh air kencing dan meningkatkan risiko penyakit batu karang.


“Mencegah lebih baik daripada berubat”

Tuesday, February 16, 2010

PETUA RAWAT PENYAKIT BATU KARANG

Batu karang merupakan penyakit yang biasa ditemui di kalangan masyarakat kita. Biasanya jalan penyelesaian terakhir adalah pembedahan. Sekiranya ada di kalangan keluarga anda yang memerlukan rawatan secara traditional, kami cadangkan mencuba dahulu petua bagaimana merawat batu karang secara traditional di rumah anda sendiri.

MERAWAT PENYAKIT BATU KARANG

ADAKAH ANDA SEDANG MENCARI-CARI KAEDAH RAWATAN PENYAKIT BATU KARANG.....

TANPA MELAKUKAN PEMBEDAHAN?
KAMI INGIN MEMBANTU ANDA!!

Sekiranya anda atau sesiapa yang anda kenali memerlukan rawatan penyakit batu karang.. Sudah mencuba berbagai jenis ubat bagi merawat penyakit batu karang tetapi masih belum sembuh.

Maka anda perlu mencuba dahulu kaedah rawatan yang kami ada sebelum anda berbelanja besar menjalankan pembedahan. Oleh kerana kos menjalankan pembedahan akan menelan belanja sekitar RM4000.00 - RM10000.00, maka kenapa tidak anda mencuba dahulu kaedah lain. Pasti anda tidak akan terkilan sekiranya mencari alternatif selain pembedahan terlebih dahulu yang kosnya jauh lebih murah.

Kami ingin memaklumkan kepada anda bahawa kaedah ini adalah merupakan pemakanan tambahan yang telah terbukti menyembuhkan ramai pesakit. Insya Allah, dengan izin Allah batu karang akan hancur dan keluar bersama air kencing.

Anda boleh mengesan penyakit batu karang berdasarkan tanda-tanda berikut..

1. Rasa Pedih ketika buang air kecil

2. Rasa loya dan air kencing berbau busuk

3. Sakit di bahagian berdekatan buah pinggang

4. Kencing dengan kerap terutama waktu malam

5. Kencing yang bercampur dengan darah

6. Bengkak di bahagian keliling mata, tangan dan kaki

7. Tekanan darah meningkat


Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda berikut, segeralah berjumpa doktor anda untuk melakukan pemeriksaan.

Tanda-tanda di atas adalah antara tanda-tanda penyakit batu karang, walaupun demikian anda perlu mendapat kepastian daripada doktor. Sekiranya anda adalah pesakit batu karang, sudah tentu anda pernah mengubati penyakit anda, sekiranya sudah sembuh ..Alhamdulillah, sekiranya belum anda perlu mencuba ramuan kami ini.

Kami telah mendapati ramai pesakit yang terdiri daripada rakan-rakan dan keluarga telah sembuh menggunakan ramuan ini. Ramuan ini terdiri daripada campuran bahan pemakanan. Tak perlu risau tentang kesan sampingan... Ramai rakan-rakan yang telah mencuba, dan berhasil dengan menggunakan ramuan ini sebagai asbab.

Kenapa anda perlu mencuba?

# Kos yang murah

# Tiada kesan sampingan

# Terbukti - Ramai yang telah sembuh

Anda tidak akan menyesal mencuba kerana kos yang murah berbanding pembedahan..


Saya menulis berdasar pengalaman sendiri:

Saya telah disahkan oleh doktor mengidap penyakit batu karang 7 tahun yang lalu. Saya mengalami sebahagian tanda-tanda penyakit batu karang malah pernah pengsan ketika buat kerja rumah. Setelah menjalani pemeriksaan di klinik, saya telah diberi ubat yang bertujuan memecahkan batu, tetapi masih tidak sembuh pada ketika itu.

Doktor mencadangkan supaya saya menjalani pembedahan. Saya mula mencari maklumat-maklumat berkaitan penyakit batu karang dan cara mengubatinya selain daripada pembedahan. Alhamdulillah...Saya telah mendapat RAHSIA ini. Saya mencubanya. Setelah mencuba, Alhamdulillah serpihan batu keluar setelah 2 hari. Peyakit batu karang saya sembuh. Oleh kerana penyakit ini berpunca daripada pemakanan, besar kemungkinan ianya akan berulang, saya hanya perlu mengulanginya lebih kurang 6 bulan sekali...Alhamdulillah saya amat bersyukur..

Sekarang saya ingin kongsikan kepada anda, yang mengalami masalah sama seperti saya dahulu.. Hanya dengan RM50.00, kami akan mengirimkan satu pack RBK terus ke alamat anda dengan menggunakan perkhidmatan POSLAJU...

yang ikhlas,

Nor Azlina Sidek

SILA KLIK DI BAWAH UNTUK MAKLUMAT LANJUT DAN PEMBELIAN